Inisiatif Projek Restorasi Karang menerusi perjanjian persefahaman (MoU) dengan Tabung Hidupan Liar (WWF) Malaysia dilihat pendekatan terbaik memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan terumbu karang di kawasan Taman Tun Mustapha terus terpelihara. <br /><br />Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim berkata, projek restorasi itu akan dijalankan di kawasan Pulau Mali-Angin dan Panta-Nunan serta melibatkan komuniti persisir di dalam kawasan projek.
